Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Featured Posts

Wednesday 16 November 2011

Peruntukkan Hutang Ragu (PHR)

Dalam  Penyata Pendapatan 
  • Direkod sebagai Hutang Ragu dlm PP.
  • Beza  PHR baru (hasil di atas) – PHR asal (dlm ID). Jika tiada PHR asal, nilainya sama spt dlm KKK.
  • JIKA BerTAMBAH ( baru lebih dari yg asal) ia adalah BELANJA.(dt)
  • JIKA BerKURANG ( baru KURANG dari yg asal) ia adalah HASIL (kt).

Dalam Kunci Kira-Kira
  • Kira PHR ; Penghutang bersih X %PHR , direkod sebagai PHR dlm KKK
  • Penghutang bersih = Penghutang – HL  yg baru wujud diluar ID (maklumat selepas ID), jika ada.
  • Jika tiada HL baru, maka nilai Penghutang kekal spt dlm ID ( asal).
  • HL asal dlm ID TAk PERLU ditolak utk dpt Penghutang bersih.


#mesti bayar hutang taw,,,(^_^)



Hutang Lapuk dan HL Pulih ( HLP)

Hutang Lapuk
  • adalah Belanja (dt)/ HLP adalah Hasil (kt)
Rekod Dalam  Penyata Pendapatan  sahaja
  • HL dan HLP yg asal dim Imbangan Duga (ID) ditambah + HL dan HLP yg baru wujud diluar ID (maklumat selepas ID).
  • Jika tiada yg asal, wujud yg baru shj. 
  • Jika tiada yg baru, yg asal shj.

Susutnilai

Dalam  Penyata Pendapatan 
  • Hasil Kira rekod dlm  PP (sebagai  Susut nilai …….
    • Cara kira:   
      • Garis lurus : Nilai kos ABS X % S                             
      • Baki berkurangan ; Nilai bersih ABS X % SN  ( nilai bersih = Kos asal – SNT nya)
Dalam Kunci Kira-Kira
  • Direkod sebagai Susutnilai Terkumpul ( SNT) dlm KKK.
  • SNT=SN yg dikira (dlm PP) +SNT  yg asal dlm ID. 
  • Jika SNT asal dl ID tiada, nilainya sama seperti SN dlm PP di atas.

Terakru dan Terdahulu

      Terakru ( + )     Terdahulu  ( - )

Dalam  Penyata Pendapatan 
  • Belanja / Hasil asal dalam Imbangan Duga perlu DITAMBAH dgn belanja/hasil terakru dan DITOLAK dengan belanja/hasil terdahulu. Jika tiada yang asal wujudkan yang baru.

Dalam Kunci Kira-Kira
  • Manakala Belanja/Hasil terakru dan terdahulu tersebut akan direkod dalam KKK.






Tuesday 15 November 2011

Hasil dan Belanja

Hasil ialah wang yang diterima atau yang akan diterima pada masa depan


HASIL KENDALIAN PERNIAGAAN

  • hasil daripada kegiatan utama perniagaan
    • contoh : jualan barang niaga, sewa harta benda
HASIL BUKAN KENDALIAN PERNIAGAAN
  • hasil daripada perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan
    • contoh : faedah simpanan bank, dividen diterima

Belanja ialah kos perkhidmatan @ barang yang dibayar @ akan dibayar apabila menjalankan perniagaan dengan betujuan untuk mendapatkan hasil daripada perniagaan tersebut

BELANJA KENDALIAN PERNIAGAAN
  • belanja yang terlibat dalam kendalian perniagaan
    • contoh : belanja am, gaji
BELANJA BUKAN KENDALIAN PERNIAGAAN
  • belanja yang tidak berkaitan dengan kendalian perniagaan
    • contoh : faedah pinjaman, rugi atas pelupusan aset





Monday 14 November 2011

Ekuiti Pemilik

Ekuiti Pemilik ialah hutang pihak lain kepada pemiliknya iaitu modal
  • modal yang dilaburkan pemilik ke dalam perniagaan
  • untung bersih hasil daripada kegiatan perniagaan yang menguntungkan



Liabiliti

Liabiliti ialah hutang yang perlu dibayar oleh entiti kepada pihak lain


Liabiliti terbahagi kepada 2:-


LIABILITI JANGKA PANJANG
  • hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang melebihi satu tahun
    • contoh : pinjaman , gadai janji
LIABILITI SEMASA
  • hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh kurang satu tahun
    • contoh : akaun belum bayar , hasil terdahulu