Pages

Subscribe:

Labels

Showing posts with label topik 2. Show all posts
Showing posts with label topik 2. Show all posts

Tuesday, 15 November 2011

Hasil dan Belanja

Hasil ialah wang yang diterima atau yang akan diterima pada masa depan


HASIL KENDALIAN PERNIAGAAN

  • hasil daripada kegiatan utama perniagaan
    • contoh : jualan barang niaga, sewa harta benda
HASIL BUKAN KENDALIAN PERNIAGAAN
  • hasil daripada perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti utama perniagaan
    • contoh : faedah simpanan bank, dividen diterima

Belanja ialah kos perkhidmatan @ barang yang dibayar @ akan dibayar apabila menjalankan perniagaan dengan betujuan untuk mendapatkan hasil daripada perniagaan tersebut

BELANJA KENDALIAN PERNIAGAAN
  • belanja yang terlibat dalam kendalian perniagaan
    • contoh : belanja am, gaji
BELANJA BUKAN KENDALIAN PERNIAGAAN
  • belanja yang tidak berkaitan dengan kendalian perniagaan
    • contoh : faedah pinjaman, rugi atas pelupusan aset





Monday, 14 November 2011

Ekuiti Pemilik

Ekuiti Pemilik ialah hutang pihak lain kepada pemiliknya iaitu modal
  • modal yang dilaburkan pemilik ke dalam perniagaan
  • untung bersih hasil daripada kegiatan perniagaan yang menguntungkan



Liabiliti

Liabiliti ialah hutang yang perlu dibayar oleh entiti kepada pihak lain


Liabiliti terbahagi kepada 2:-


LIABILITI JANGKA PANJANG
  • hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang melebihi satu tahun
    • contoh : pinjaman , gadai janji
LIABILITI SEMASA
  • hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh kurang satu tahun
    • contoh : akaun belum bayar , hasil terdahulu



Aset

Aset bermaksud harta yang dimiliki oleh perniagaan


Aset terbahagi kepada 2:-


ASET TETAP


  • aset yang tahan lama dan boleh digunakan untuk beberapa tahun
  • tebahagi kepada 2 : 
        • aset nyata-dapat dilihat secara fizikal , contoh:bangunan
        • aset tak ketara-tidak dapat dilihat secara fizikal , contoh:paten
ASET SEMASA
  • wujud dalam satu tempoh perakaunan dan boleh ditukar menjadi tunai dalam tempoh setahun
  • sentiasa berubah bentuk dan nilai
    • contoh : stok akhir , tunai , bank