Bil. | Konsep/Prinsip | Keterangan | |
1 | Entiti berasingan | Pemilik dan perniagaan merupakan dua pihak berasingan. | |
2 | Badan berterusan | Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek. | |
3 | Wang sebagai ukuran | Hanya item yang boleh dinilaikan dalam wang direkodkan dalam buku akaun. | |
4 | Kos sejarah | Urus niaga direkod berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut walaupun nilai semasa boleh berubah. | |
5 | Tempoh perakaunan | Hayat perniagaan dibahagikan kepada tempoh yang sama dan tetap. | |
6 | Konsep pemadanan | Semua hasil mesti dipadanka dengan belanja dalam sesuatu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan. | |
7 | Prinsip catatan bergu | Setiap urus niaga direkod dalam dua akaun yang berasingan di sebelah yang bertentangan dengan amaun yang sama. | |
8 | Ketekalan | Item perakaunan yang serupa dikendalikan dengan cara yang sama, konsisten, pada setiap tempoh perakaunan. | |
9 | Materialiti | Item perakaunan yang penting sahaja diambil kira dalam penyediaan laporan kewangan. |
macam mana??boleh terima input lagi tak??mesti boleh kan,,,adik-adik semua mesti semangat nak belajar akaun kan,,,akaun seronok,,, =)
0 comments:
Post a Comment